
DENMARK, 14 Oktober – Juara beregu lelaki Terbuka Artik, Aaron Tai-Yap Roy King meneruskan momentum apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jong Min pada aksi pusingan pertama di Arena SJF Bank, Odense, hari ini.
- Bangkit selepas tewas set pertama; menang 13-21, 21-18, 21-19 dalam 57 minit.
- Pasangan Korea bergandingan buat kali pertama beri cabaran sengit; pasangan negara kuasai dua set berikutnya.
- Akan bertemu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik esok dalam pertembungan rakan senegara untuk slot suku akhir.
- Beregu campuran Goh Soon Huat dan Shevon Lai mara, menang 21-15, 21-13 dalam 30 minit; akan bertemu pemenang Scotland lawan Denmark.
Aaron Tai-Roy King bangkit selepas tewas pada set pertama sebelum mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-19 dalam tempoh 57 minit pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu.
Min Hyuk-Jong Min yang bergandingan buat kali pertama tetap memberikan cabaran sengit, namun pasangan negara berjaya menguasai dua set berikutnya untuk mengesahkan kemaraan.
Pada pusingan kedua esok, Aaron Tai-Roy King bakal berdepan satu lagi pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menghuni ranking keempat dunia dalam pertembungan sesama rakan senegara bagi merebut slot ke suku akhir.
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Francesca Corbett, 21-15, 21-13 dalam tempoh 30 minit.
Soon Huat-Shevon akan menentang pemenang perlawanan antara pasangan Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson, dengan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, pada aksi pusingan 16 terakhir esok.