
PUTRAJAYA, 8 Oktober – Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing diberi sambutan rasmi dengan penuh istiadat di Perdana Putra sempena lawatan dua hari ke Malaysia.
- Ketibaan beliau pada 9.00 pagi disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Majlis sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai tanda penghormatan.
- Turut hadir pada majlis ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan menteri Kerajaan Perpaduan.
- Perdana Menteri dan Presiden akan mengadakan mesyuarat dua hala, mesyuarat delegasi dan sidang media dengan fokus memperkukuh hubungan pelbagai bidang.
Ketibaan beliau pada 9.00 pagi disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai tanda penghormatan.
Presiden Min Aung Hlaing kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai oleh Mejar Muhammad Nur Addeen Mustaza.
Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan menteri Kerajaan Perpaduan.
Selepas itu, Datuk Seri Anwar dan Min Aung Hlaing akan mengadakan mesyuarat dua hala dan disusuli mesyuarat delegasi. Sesi sidang media bersama Perdana Menteri dan Presiden Min Aung Hlaing berlangsung pukul 9.30 pagi ini.
Tumpuan perbincangan akan terarah dalam usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.