
TEHRAN, 3 Oktober – Dua kapal tangki minyak dilaporkan terkena “objek tidak dikenali” di kawasan Selat Hormuz dalam insiden terbaharu yang mengancam keselamatan perkapalan di laluan strategik itu.
- Serangan pertama menyebabkan kebakaran kecil dan gangguan bekalan elektrik di atas kapal.
- Kebakaran berjaya dipadamkan dan kapal meneruskan pelayaran; tiada kecederaan atau kesan alam sekitar dilaporkan.
- Beberapa jam kemudian sebuah kapal tangki lain dilaporkan terkena di perairan timur Oman dan pihak berkuasa sedang menyiasat.
Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata, serangan pertama menyebabkan kebakaran kecil dan gangguan bekalan elektrik di atas kapal.
Kebakaran berjaya dipadamkan dan kapal tersebut berjaya meneruskan pelayarannya.
“Tiada kemalangan jiwa atau kesan terhadap alam sekitar dilaporkan”. katanya.
Beberapa jam kemudian, sebuah lagi kapal tangki minyak mentah melaporkan terkena “objek tidak dikenali” di perairan timur Oman.
Kesemua kru kapal dilaporkan selamat dan tiada kerosakan alam sekitar dilaporkan.
UKMTO berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kedua dua insiden berkenaan. – AFP