Perancis terdedah ancaman siber, serangan sabotaj semakin membimbangkan


Perdana Menteri Perancis, Sébastien Lecornu

PARIS, 20 November – Perancis antara negara terawal terdedah kepada serangan siber, khususnya membabitkan kecurian data, selain berdepan ancaman sabotaj yang semakin membimbangkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ancaman siber kini bersifat sistemik dan meluas, menjejaskan beberapa negara Eropah.
  • Ancaman termasuk tindakan sabotaj yang mengingatkan kepada insiden era Perang Dingin, menimbulkan kebimbangan serius.
  • Kerajaan memperketat struktur pentadbiran dan langkah keselamatan kerajaan serta kementerian, lebih tegas daripada perancangan enam bulan lalu.

Perdana Menteri Perancis, Sébastien Lecornu berkata, ancaman berkenaan kini bersifat sistemik dan meluas, dengan beberapa negara Eropah turut berdepan serangan seumpamanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat antara kementerian mengenai keselamatan siber di Sekretariat Agung bagi Pertahanan dan Keselamatan Negara (SGDSN), pada Khamis.

Menurut Lecornu, ancaman siber kini bukan sahaja melibatkan kecurian data, malah turut merangkumi tindakan sabotaj yang mengingatkan kepada insiden seumpama berlaku ketika era Perang Dingin.

Beliau berkata, perkembangan itu menimbulkan kebimbangan serius kepada kerajaan Perancis.

Dalam usaha memperkukuh keselamatan siber negara, kerajaan turut menyesuaikan struktur pentadbiran dengan memperketatkan langkah keselamatan di peringkat kerajaan dan kementerian.

Lecornu berkata, tindakan itu lebih tegas berbanding perancangan awal yang dibuat enam bulan lalu, memandangkan tahap kesiapsiagaan setiap kementerian masih berbeza.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kementerian yang masih ketinggalan dalam pelaksanaan langkah keselamatan itu bagi mengelakkan kelemahan sistem negara diketahui pihak luar. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.