Gunung Berapi Kilauea di Hawaii letuskan pancutan lava setinggi 200 meter


Gunung Berapi Kilauea di Hawaii

HAWAII, 20 November – Gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus pada 5 November lalu, memuntahkan lava mencecah ketinggian sehingga 200 meter ke udara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letusan dari kawah Halemaʻumaʻu menghasilkan pancutan lava bercahaya dari lubang kawah di bahagian utara.
  • USGS melaporkan letusan berlangsung hampir enam jam dan mengeluarkan kira-kira enam juta meter padu lava.
  • Aktiviti kini terhenti sementara; pancutan lain dijangka 21 hingga 24 November, Kilauea kekal pada tahap amaran nasihat dan orang ramai diingatkan bahaya gas serta serpihan.

Letusan dari kawah Halemaʻumaʻu itu menghasilkan pancutan batuan cair bercahaya yang keluar dari lubang kawah di bahagian utara.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), letusan berkenaan berlangsung hampir enam jam, dengan anggaran enam juta meter padu lava dilepaskan.

Dalam perkembangan terkini, USGS memaklumkan aktiviti letusan masih terhenti sementara, namun satu lagi pancutan lava dijangka berlaku antara 21 hingga 24 November.

Kilauea kekal pada tahap amaran nasihat, dengan pihak berkuasa mengingatkan orang ramai mengenai bahaya gas gunung berapi dan serpihan yang boleh jatuh di kawasan sekitar. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.