31 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 10 pagi

Foto fail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 September – Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan tertinggi: Ibu Pejabat Polis Daerah Serian 175, diikuti Pasir Gudang 171, Nilai 165, Bukit Rambai 164.
  • Kawasan lain tidak sihat termasuk Batu Pahat 163, Kota Tinggi 161, Tangkak 161, Samarahan 160.
  • Shah Alam dan Kuching masing-masing 159, Port Dickson 158, Putrajaya, Klang, Seremban dan Alor Gajah 156.
  • 30 kawasan merekodkan IPU sederhana dan enam kawasan IPU baik; kategori IPU 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat.

Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 175, diikuti Pasir Gudang (171), Nilai, Negeri Sembilan (165) dan Bukit Rambai, Melaka (164),

Batu Pahat, Johor (163), Kota Tinggi dan Tangkak, Johor (161) dan Samarahan, Sarawak (160).

Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak (159), Port Dickson, Negeri Sembilan (158). Manakala Putrajaya, Klang, Seremban dan Alor Gajah merekodkan bacaan IPU 156.

Selain itu, Segamat, Johor (155), Rompin (154), Banting dan Kluang (153), Seri Manjung (151), Kuala Selangor (150), Petaling Jaya (149), Sri Aman (142), Indera Mahkota Kuantan (135), Batu Muda, Kuala Lumpur (12)3 dan Balok Baru Kuantan (121).

Sementara itu, 30 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan enam kawasan mecatatkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.