METMalaysia keluar amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 September – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga pukul 5 pagi Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas di Sarawak: Limbang, Miri, Bintulu, Kapit, Mukah, Sri Aman, Serian, Betong, Samarahan.
  • Kawasan terjejas di Sabah: Kudat, Pantai Barat, pedalaman, Sandakan termasuk Paitan, Telupid, Labuk, Sugut.
  • Labuan turut disenaraikan sebagai kawasan berisiko.
  • Amaran dikeluarkan bila hujan melebihi 20 mm sejam dan sah sehingga enam jam; penduduk dinasihatkan berwaspada terhadap banjir kilat dan angin kencang.

Di Sarawak, kawasan yang terjejas melibatkan bahagian Limbang (Limbang), Miri (Marudi, Beluru, Miri dan Subis), Bintulu, Kapit (Belaga, Kapit dan Bukit Mabong), Mukah (Mukah, Daro dan Tanjung Manis), Sri Aman, Serian (Serian), Betong (Pusa dan Betong) serta Samarahan (Gedong, Simunjan dan Sebuyau).

Sementara itu di Sabah, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Kudat, Pantai Barat, pedalaman serta Sandakan yang merangkumi Paitan, Telupid, Labuk, Sugut dan Sandakan.

Labuan turut berada dalam senarai kawasan berisiko.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran jangka pendek ini sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran rasmi.

“Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan berikutan risiko banjir kilat serta angin kencang,” menurut METMalaysia dalam satu kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.