Sukan Asia: PM ucap tahniah kepada Eain Yow, Sivasangari pertahan emas

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari atas kejayaan mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita skuasy pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari atas pertahanan pingat emas skuasy perseorangan.
  • Kejayaan itu dianggap satu pencapaian membanggakan bagi Malaysia.
  • Kedua-duanya mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan mencipta sejarah bagi skuasy.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata kejayaan itu satu pencapaian yang membanggakan buat Malaysia.

“Empat tahun lalu di Hangzhou, emas menjadi milik mereka.

“Hari ini, kedua-duanya mengulangi kejayaan yang sama, sekali gus mencipta sejarah apabila mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, yang bakal menyaksikan penampilan sulung sukan skuasy di pentas Olimpik,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.