Arab Saudi pintas dua dron dilancarkan Huthi ke arah Riyadh

Bangunan yang rosak di bandar Taiz, barat daya Yamen/ AFP

RIYADH, 26 September – Pasukan gabungan diketuai Arab Saudi yang menentang kumpulan Huthi di Yaman berjaya memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan itu ke Riyadh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang disasarkan ke Khamis Mushait.
  • Hezam Alasad berkata operasi itu dianggap latihan kecil sebelum konflik meningkat secara besar-besaran.
  • Huthi mengenakan sekatan laut, menyerang kapal tangki dan menguasai pantai Laut Merah, menjejaskan pasaran tenaga.

“Sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan Huthi ke arah kawasan Riyadh”, menurut jurucakap pasukan gabungan menerusi platform X.

Dalam perkembangan berasingan, jurucakap pasukan gabungan berkata pertahanan udara Arab Saudi turut memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan Huthi dan menyasarkan Khamis Mushait, bandar di barat daya negara itu yang menempatkan sebuah pangkalan udara.

Sementara itu, anggota Biro Politik Huthi, Hezam Alasad berkata, operasi itu hanya dianggap sebagai latihan berskala kecil sebelum konflik meningkat secara besar-besaran.

Kumpulan Huthi mengenakan sekatan laut terhadap Arab Saudi, termasuk menyerang kapal tangki minyak dan menguasai sebahagian pantai Laut Merah Yaman yang penting bagi eksport minyak, sehingga menjejaskan pasaran tenaga serta melancarkan serangan peluru berpandu ke negara itu.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.