Reza dari Kedah dinobatkan Juara Bintang Kecil 2026

Pengarah Bahagian Program Radio Jabatan Penyiaran Malaysia Saifuzzaman Yusop (kiri), Muhamad Rezaril Indra Ridzwan (Juara Bintang Kecil 2026), Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengarah Penyiaran Sarawak Wan Wizana Hashim (kanan)

KUCHING, 26 September – Malam kemuncak Bintang Kecil 2026 menyaksikan peserta dari Kedah, Muhamad Rezaril Indra Ridzwan atau Reza dinobatkan sebagai Juara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hadiah wang tunai: juara RM20,000, tempat kedua RM15,000 dan tempat ketiga RM10,000.
  • Segmen duo menampilkan pasangan duet dengan lagu Zapin Melayu, Fantasia Bulan Madu dan Hanya Memuji.
  • Program anjuran RTM dihadiri Timbalan Menteri Sarawak dan memberi platform mencungkil serta mengembangkan bakat kanak-kanak.

Beliau yang mendendangkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain menewaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Tempat kedua dimenangi peserta iaitu Muhamad Aryan Zuhair Muhamad Akram, dari Negeri Sembilan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 menerusi lagu Hidup Dalam Mati dendangan asal Syamel.

Manakala, peserta dari Sabah Qistina Izara Roblir menduduki tempat ketiga dan menerima wang tunai RM10,000 menampilkan Cuba Jadi Aku nyanyian asal Nadeera Zaini.

Tiga peserta lagi merupakan Nor Sofea Adelia wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyampaikan lagu Samudera dendangan Aisha Retno; Melissa Rose (Pulau Pinang) dengan lagu Sumpahan Salju nyanyian Ara Johari dan Nor Ariana (Sarawak) pula menyanyikan lagu Gerhana daripada Ziana Zain.

Bagi segmen duo, Melissa Rose bergandingan dengan Nor Sofea Adelia dengan lagu Zapin Melayu nyanyian Lesti Kejora.

Aryan Zuhair pula berduet bersama Qistina Izara menerusi lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Kumpulan Search.

Manakala pasangan duet terakhir Reza bergandingan dengan Nor Ariana dengan lagu Hanya Memuji nyanyian Shanty dan Marcell.

Pengacara Bintang Kecil 2026 dikendalikan Bell Ngasri dan Fifa sementara itu persembahan artis jemputan daripada Lan Solo, Wani Kayrie dan Ezharhanze.

Barisan juri terdiri daripada Ketua Seksyen Hiburan & Muzik RTM Kuching Yap Yen, Saiful Hamdan (Pemuzik Majlis Seni Sarawak, penggubah lagu untuk simfoni orkestra Sarawak), Fanzi Ruji (penyanyi), Sharon Paul (komposer), Luqman Abd Aziz (Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik dan selaku ketua juri).

Program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Bintang Kecil merupakan platform mencungkil bakat baharu dalam kalangan kanak-kanak, selain memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni persembahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.