PM selesai menghadap Tuanku Muhriz

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenderaan Perdana Menteri meninggalkan perkarangan istana pada 6.57 petang selepas kira-kira sejam menghadap.
  • Pertemuan difahamkan susulan kemelut yang memuncak membabitkan isu adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan.
  • Pada Ahad malam, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan semua EXCO berkuat kuasa serta-merta.
  • Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali, berkata keputusan dibuat selepas EXCO memungkiri sumpah jawatan masing-masing.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat meninggalkan perkarangan istana pada 6.57 petang selepas kira-kira sejam menghadap baginda.

Pertemuan itu difahamkan susulan kemelut yang semakin memuncak membabitkan isu adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan.

Pada Ahad malam, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas baginda mendapati kesemua EXCO terbabit telah memungkiri sumpah jawatan masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.