Dua kedai serbaneka 24 jam di Kuching jadi sasaran khianat

Foto hiasan

KUCHING, 21 September – Polis Kuching mengesahkan kejadian khianat dengan api membabitkan dua buah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Green dan kawasan King Centre, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku antara 7.05 hingga 8.30 malam, menurut kenyataan polis.
  • Satu insiden menggunakan mercun; satu lagi melibatkan dua suspek membaling objek, menyebabkan dua letupan dan kebakaran.
  • Polis giat mengesan suspek; orang ramai diminta hubungi Inspektor Tan 018-2628805 atau Bilik Gerakan IPD 082-244444; kes di bawah Seksyen 436.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku antara 7.05 hingga 8.30 malam.

“Kejadian pertama yang berlaku di kawasan King Centre dikesan dilakukan menggunakan mercun.

“Manakala kejadian kedua yang berlaku di Jalan Green, terdapat dua suspek lelaki datang ke premis dan kemudiannya membaling objek ke dalam premis sehingga menyebabkan dua letupan dan kebakaran,” menurut kenyataan itu.

Usaha mengesan dan mengenal pasti kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Tan Chiang Fook di talian 018-2628805 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444.

Kes disiasat bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.