DBKL laksana kawalan trafik ketat sepanjang Bazar Deepavali

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud/ BERNAMA 

PUTRAJAYA, 21 September – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kawalan trafik ketat di sekitar Jalan Tun Sambanthan sepanjang penganjuran Bazar Deepavali 2026 bagi mengurangkan risiko kesesakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aspek aliran trafik diteliti sebelum lokasi dipilih sebagai tapak bazar.
  • Laluan alternatif dikenal pasti untuk memastikan pergerakan kenderaan di sekitar Brickfields terkawal.
  • Pengawal trafik akan ditempatkan di tapak dan kawalan kenderaan tepi jalan dilaksanakan untuk mengekalkan keteraturan.
  • Bazar Deepavali berlangsung 30 hari, bermula 9 Oktober hingga 7 November.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, aspek aliran trafik telah diteliti sebelum lokasi berkenaan dipilih sebagai tapak bazar.

Beliau berkata laluan alternatif turut dikenal pasti bagi memastikan pergerakan kenderaan di sekitar Brickfields kekal terkawal.

“Kita telah melihat perkara ini di peringkat awal lagi sebelum kita kenal pasti Jalan Tun Sambanthan. Ada jalan-jalan alternatif yang kita telah tengok dan pada masa sama kita juga akan memastikan bahawa sistem laluan nanti sewaktu sepanjang bazar ini berlangsung, kawalan trafik yang ketat akan kita laksanakan di tapak,” katanya dalam sidang media di sini.

Pengawal trafik akan ditempatkan di lokasi, selain tindakan mengawal kenderaan yang diletakkan di tepi jalan bagi memastikan keadaan kekal teratur.

Bazar Deepavali tahun ini berlangsung selama 30 hari bermula 9 Oktober hingga 7 November.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.