
KUALA LUMPUR, 20 September- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 melanda Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 3.28 petang ini, dengan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berlaku pada kedalaman 53 kilometer di koordinat 28.4 darjah Utara dan 129.4 darjah Timur.
- Pusat gempa kira-kira 293 kilometer timur laut dari Naha, Jepun.
- METMalaysia memaklumkan penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa itu berlaku pada kedalaman 53 kilometer di koordinat 28.4 darjah Utara dan 129.4 darjah Timur.
Pusat gempa itu terletak kira-kira 293 kilometer timur laut dari Naha, Jepun.
METMalaysia memaklumkan penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.