Kepulan asap hitam menjulang berhampiran lapangan terbang utama Riyadh

Arab Saudi belum mengeluarkan sebarang kenyataan/Foto REUTERS

RIYADH, 19 September – Kepulan asap hitam tebal kelihatan berhampiran lapangan terbang utama Riyadh pada Sabtu dan pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan kemungkinan ancaman keselamatan sekitar ibu negara itu, pada waktu malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan Pertahanan Awam mengeluarkan amaran kemungkinan ancaman untuk Riyadh dan Al-Kharj, kemudian menarik balik dan mengisytiharkan keadaan selamat pagi Sabtu.
  • Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan.
  • Amaran ini ialah yang pertama sejak ketegangan dengan kumpulan Houthi meningkat pada Julai, selepas beberapa amaran tahun ini akibat konflik AS-Iran.

Rakaman video Reuters menunjukkan kepulan asap hitam menjulang di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Sebelum ini, Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran berhubung kemungkinan ancaman di Riyadh serta Al-Kharj, sebelum menarik balik amaran berkenaan, pada pagi Sabtu selepas keadaan diisytiharkan selamat.

Seorang wartawan Reuters di kawasan Olaya, Riyadh, turut melaporkan terdengar beberapa bunyi letupan sebelum pengumuman, dibuat.

Beberapa amaran keselamatan pernah dikeluarkan di Riyadh tahun ini susulan konflik Amerika Syarikat-Iran, namun amaran kali ini merupakan yang pertama sejak ketegangan dengan kumpulan Houthi meningkat, pada Julai.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.