Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di Kepulauan Fox

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 17 September- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di Kepulauan Fox, pada 10.19 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 52.8 darjah Utara dan 171.4 darjah Barat.
  • Kira-kira 1,993 kilometer timur dari Petropavlovsk-Kamchatskiy, Rusia.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 104 kilometer.
  • POCGN METMalaysia menilai tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 52.8 darjah Utara dan 171.4 darjah Barat, kira-kira 1,993 kilometer timur dari Petropavlovsk-Kamchatskiy, Rusia.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 104 kilometer.

Menurut penilaian awal Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.