Malaysia kecam sikap hipokrit barat berhubung pembiayaan iklim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media bersama Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu di Pejabat Presiden/ BERNAMA

MALE, 15 September – Malaysia mengecam sikap hipokrit negara barat berhubung isu pembiayaan iklim dan pelaksanaan dasar berkaitan dalam menangani perubahan iklim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia mengecam sikap hipokrit negara barat berhubung pembiayaan dan pelaksanaan dasar perubahan iklim.
  • Anwar menyatakan komitmen barat belum direalisasi; apa yang diberikan sangat kecil, sedangkan program iklim memerlukan dana tambahan.
  • Kuala Lumpur menyokong usaha menuntut pelaksanaan semua penyelesaian kesepakatan terdahulu termasuk isu pembiayaan.

Pendirian itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat empat mata dengan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu.

“Saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai sikap hipokrit banyak negara di barat, tetapi komitmen terhadap pembiayaan masih belum direalisasikan. Apa yang diberikan semuanya dalam jumlah yang sangat kecil. Jadi penting bagi kita untuk menyokong perkara ini.

“Ini kerana perubahan iklim dan program bagi menanganinya memerlukan dana tambahan,” tegasnya.

Datuk Seri Anwar juga menegaskan sokongan Kuala Lumpur dalam usaha menuntut segala penyelesaian yang dipersetujui sebelum ini bagi menangani perubahan iklim termasuk isu pembiayaan.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Bersama Perdana Menteri dan Presiden Maldives di Pejabat Presiden di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.