
JOHOR BAHRU, 15 September– Seramai 26 pesalah dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Ke-50, atas kesalahan membuang sisa kecil di tempat awam di lima lokasi seluruh Johor, hari ini.
- 13 daripadanya merupakan kes susulan perintah mahkamah.
- Terdiri daripada 12 warganegara dan warga asing: tujuh Bangladesh, tiga Nepal, tiga Indonesia, seorang Pakistan.
- Kesalahan melibatkan pembuangan puntung rokok dan tin minuman di tempat awam.
- SWCorp melaporkan 3,095 NPK dikeluarkan; 107 kes tindakan bawah Seksyen 77A; jumlah denda RM71,550.
13 daripadanya merupakan kes susulan perintah mahkamah.
Hukuman itu melibatkan 12 warganegara, dengan tujuh warga Bangladesh, tiga warga Nepal, tiga Indonesia dan seorang lagi Pakistan.
Kesalahan dikenakan hukuman itu kerana membuang puntung rokok dan tin minuman.
Menurut Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Zainal Fitri Ahmad, sehingga kini, sebanyak 3,095 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan sejak awal tahun atas kesalahan Pembuangan Sisa Kecil (PSK).
“107 kes telah diambil tindakan berdasarkan Seksyen 77A, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672],” katanya.
Nilai denda keseluruhan sebanyak RM71,550.