
PUTRAJAYA, 14 September – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan soal kecukupan gaji penjawat awam perlu dilihat berdasarkan keperluan semasa serta kemampuan kewangan kerajaan.
- Kecukupan pendapatan penjawat awam bersifat subjektif kerana keperluan dan corak perbelanjaan individu berbeza.
- Pelarasan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam merupakan langkah berterusan untuk memelihara kebajikan penjawat awam.
- Penjawat awam perlu merancang perbelanjaan dan mengurus kewangan masing-masing.
- Kerajaan meneliti langkah bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan penjawat awam termasuk penambahbaikan sumber pendapatan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, isu kecukupan pendapatan merupakan perkara subjektif kerana keperluan dan corak perbelanjaan setiap individu adalah berbeza.
“Pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan langkah berterusan kerajaan bagi memelihara kebajikan penjawat awam, dengan mengambil kira kedudukan kewangan serta kemampuan semasa kerajaan.
“Pelaksanaan pelarasan gaji itu merupakan langkah berterusan kerajaan untuk memelihara kebajikan penjawat awam, berasaskan pertimbangan kewangan serta kemampuan semasa kerajaan.
“Namun cuma tinggal lagi bagaimana penjawat awam itu sendiri merancang perbelanjaan dan mengurus kewangan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut meneliti pelbagai langkah bersesuaian bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan penjawat awam, termasuk perkara yang boleh memberi penambahbaikan terhadap pendapatan mereka.