Tiga maut, 15 cedera dalam insiden tembakan menjelang pilihan raya Bangsamoro

Lokasi insiden tembakan di luar sebuah pusat mengundi di wilayah autonomi Muslim di selatan Filipina / Foto media tempatan

COTABATO, 14 September – Tiga orang maut manakala 15 lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah pusat mengundi di wilayah autonomi Muslim selatan Filipina, beberapa jam sebelum pilihan raya Parlimen Bangsamoro bermula.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden melibatkan penyokong dua kumpulan politik yang bertolak-tolak di luar pusat mengundi.
  • Penyokong terdiri daripada parti yang muncul daripada MILF, bekas kumpulan pemberontak.
  • Lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan dikerahkan ke seluruh BARMM untuk memastikan keselamatan pengundian.
  • Pilihan raya kemuncak proses damai, menandakan peralihan daripada konflik bersenjata kepada pemerintahan autonomi.

Insiden berlaku menjelang pilihan raya bersejarah bagi memilih Parlimen pertama Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Bangsamoro (BARMM), yang diwujudkan hasil proses damai antara kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah Moro.

Ketua Polis Cotabato, Jibin Bongcayao berkata, kejadian berlaku sebelum tengah malam apabila penyokong dua kumpulan politik yang bersaing bertolak-tolak untuk menjadi kumpulan pertama membuang undi di sebuah sekolah yang dijadikan pusat mengundi.

Menurutnya, mereka terdiri daripada anggota parti politik yang muncul daripada Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan yang selama beberapa dekad melancarkan perjuangan bersenjata bagi mendapatkan autonomi untuk wilayah berkenaan.

Wilayah Bangsamoro mempunyai sejarah panjang keganasan politik dan persaingan antara puak serta keluarga berpengaruh.

Bagi memastikan keselamatan proses pengundian, lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan dikerahkan ke seluruh BARMM, selain pasukan tindak balas pantas yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketegangan turut meningkat menjelang pilihan raya itu apabila konvoi membawa Ketua Menteri sementara wilayah berkenaan diserang hendap bulan lalu.

Ketua Menteri sementara itu merupakan lantikan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Pilihan raya tersebut merupakan kemuncak proses damai yang bermula pada penghujung 1990-an dan membawa kepada penubuhan BARMM di selatan Filipina, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Katolik.

Wilayah berkenaan kini berdepan cabaran besar untuk memastikan peralihan daripada konflik bersenjata kepada pemerintahan autonomi dapat berlangsung secara aman. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.