Gempa bermagnitud 6.3 gegar Laut Jawa

Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 12 September – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 berlaku di Laut Jawa, Indonesia, pada pukul 5.23 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
  • Pusat gempa pada koordinat 5.1 darjah Selatan, 106.8 darjah Timur, kira-kira 117 kilometer di utara Jakarta.
  • Gempa berlaku pada kedalaman sekitar 378 kilometer.
  • Tiada ancaman tsunami dikesan yang boleh menjejaskan Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.1 darjah Selatan dan 106.8 darjah Timur.

Kira-kira 117 kilometer di utara Jakarta, pada kedalaman 378 kilometer.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikesan yang boleh menjejaskan Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.