
NEW DELHI, 12 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini.
- Peluang memperkukuh hubungan Putrajaya dan Moscow serta bertukar pandangan mengenai kepentingan bersama.
- Pertemuan dijangka memperkuatkan hubungan dua hala, khususnya dalam bidang ekonomi dan strategik.
- Menunjukkan komitmen kedua negara untuk memperluas kerjasama ekonomi serta meneroka bidang baharu yang memberi manfaat bersama.
Kedua-dua pemimpin berpeluang untuk memperkukuh hubungan antara Putrajaya dan Moscow serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan bersama.
Ia merupakan pertemuan dua hala pertama Datuk Seri Anwar sebaik tiba di sini untuk menyertai sidang kemuncak tersebut, memandangkan Malaysia kini berstatus sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.
Pertemuan itu dijangka memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Rusia, khususnya dalam bidang ekonomi dan strategik.
Selain itu ia turut mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperluas kerjasama ekonomi serta meneroka bidang baharu yang berpotensi memberi manfaat bersama.
Malaysia dan Rusia menjalin hubungan diplomatik sejak 1967, dengan kerjasama meliputi sektor perdagangan dan pelaburan, tenaga, pendidikan, pelancongan serta pertahanan.
Kedua-dua negara sebelum ini turut menyatakan kesediaan untuk memperluas hubungan ekonomi dua hala, termasuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang baharu.