73 cedera dalam serangan Houthi di Arab Saudi

Pihak Houthi melaporkan puluhan serangan udara Arab Saudi ketika konflik kembali tercetus berhampiran Laut Merah/Foto REUTERS

RIYADH, 10 September – Serangan Houthi mencederakan 73 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, di empat bandar di selatan Arab Saudi pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan merosakkan kediaman dan kemudahan ekonomi; rakaman menunjukkan perabot berselerak dan mangsa menerima rawatan di hospital.
  • Menurut SPA, serangan menyasarkan kemudahan awam dan ekonomi di Abha, Khamis Mushait, Jazan dan Najran.
  • Jurucakap Houthi kata mereka lancarkan puluhan peluru berpandu balistik dan dron serta beri amaran serangan lebih keras; gabungan Arab Saudi ancam tindakan tegas.

Serangan turut merosakkan kediaman dan beberapa kemudahan ekonomi.

Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan bangunan kediaman rosak, perabot berselerak dan serpihan bertaburan, manakala mangsa menerima rawatan di hospital.

Menurut Agensi Akhbar Saudi, SPA, serangan menyasarkan kemudahan awam dan ekonomi di Abha, Khamis Mushait, Jazan dan Najran.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata kumpulannya melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu balistik dan dron.

Beliau mendakwa serangan menyasarkan kemudahan Aramco serta Pangkalan Udara Khamis Mushait.

Saree turut memberi amaran Houthi akan melancarkan serangan lebih keras dan meluas.

Sementara itu, Kementerian Tenaga Arab Saudi mengesahkan beberapa kemudahan tenaga dan utiliti turut menjadi sasaran.

Jurucakap gabungan tentera Arab Saudi, Mejar Jeneral Turki al-Maliki berkata tindakan tegas akan diambil bagi menghalang serangan kumpulan berkenaan.

Serangan berlaku ketika ketegangan antara Houthi dan Arab Saudi semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.