
TOKYO, 10 September – Musim pendakian Gunung Fuji di Jepun berakhir bermula hari ini susulan cuaca buruk yang melanda kawasan berkenaan.
- Hujan lebat dan kabus tebal melanda kawasan Gunung Fuji, disertai kejadian tanah runtuh di kawasan parkir.
- Tiga kenderaan milik pekerja tertimbus sebahagiannya, namun tiada kecederaan dilaporkan.
- Polis Shizuoka jalankan operasi menyelamat; dua pendaki ditemui, seorang rebah dekat puncak dan seorang lagi jatuh di laluan.
- Pihak berkuasa mengetatkan peraturan: wajib bermalam di pondok pendakian dan larang pendaki tanpa kelengkapan mencukupi.
Hujan lebat dan kabus tebal melanda kawasan gunung berkenaan, selain kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan parkir.
Tiga kenderaan milik pekerja Gunung Fuji tertimbus sebahagiannya dalam kejadian pada Rabu.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam kejadian berasingan, polis Shizuoka menjalankan operasi menyelamat membabitkan dua pendaki.
Seorang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditemui rebah berhampiran puncak Gunung Fuji.
Seorang lagi lelaki, dipercayai berusia 60-an, ditemui terjatuh di laluan pendakian.
Keadaan kedua-dua pendaki itu tidak didedahkan.
Gunung Fuji setinggi 3,776 meter itu menerima lebih 200,000 pendaki setiap tahun sepanjang musim pendakian rasmi dari Julai hingga September.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan terus mengetatkan peraturan pendakian bagi menangani kesesakan pelancong.
Langkah itu termasuk mewajibkan pendaki bermalam sekurang-kurangnya satu malam di pondok pendakian serta menghalang pendaki yang tidak mempunyai kelengkapan mencukupi daripada menuju ke puncak. — AFP