Serangan Israel di Gaza ragut nyawa empat sekeluarga

Asap dan api menjulang selepas sebuah rumah di Khan Yunis, selatan Gaza, terkena serangan Israel/Foto AFP

GAZA CITY, 10 September – Empat anggota sebuah keluarga, termasuk dua kanak-kanak, maut dalam serangan Israel di utara Gaza pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan mengenai sebuah rumah di kawasan Beit Lahia Project.
  • Sumber hospital dan keselamatan Palestin mengesahkan serangan itu.
  • Pegawai Hospital Al-Shifa berkata mayat anggota keluarga Ahmad ditemui berasingan selepas rumah terkena serangan.
  • Dua kanak-kanak yang maut berusia 12 dan lapan tahun.

Menurut sumber hospital dan keselamatan Palestin, serangan itu mengenai sebuah rumah di kawasan Beit Lahia Project, utara Semenanjung Gaza.

Pegawai Hospital Al-Shifa di Gaza City berkata, mayat empat anggota keluarga Ahmad ditemukan dalam keadaan berasingan selepas rumah berkenaan terkena serangan.

Dua kanak-kanak yang maut masing-masing berusia 12 dan lapan tahun. .— AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.