
AIR ITAM, 5 September – Seramai 600 golongan muda daripada berbilang kaum menyertai teater tarian singa ‘The Lion Penang 2026’ yang berlangsung di sini pada Jumaat.
- Program memupuk perpaduan antara kaum melalui persembahan kebudayaan dan mempromosikan warisan serta budaya.
- Pasukan tarian singa kini disertai peserta Melayu, India, Iban dan Kadazan, melambangkan kepelbagaian negara.
- Pelajar Universiti Malaya giat mempromosikan seni kebudayaan; program dibawa ke luar institusi.
- Penganjuran 'The Lion Origin Penang 2026' menerima peruntukan RM600,000 dan dihadiri pemimpin seperti Lim Hui Ying serta Datuk Yeoh Soon Hin.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata program menjadi platform memupuk perpaduan antara kaum menerusi persembahan kebudayaan di samping medium mempromosikan warisan dan budaya.
“Ketika ini, banyak pasukan tarian singa turut disertai anak-anak Melayu, India, Iban dan Kadazan. Ini melambangkan kepelbagaian dalam negara kita.
“Pelajar Universiti Malaya bersungguh mempromosikan seni kebudayaan. Maka, pada dua tahun lalu, saya menjemput salah seorang penaung program untuk membawa program ini ke luar lembagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program ‘The Lion Origin Penang 2026’ di sini, melibatkan peruntukan penganjuran sebanyak RM600,000.
Turut hadir pada program berkenaan ialah Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Lim Hui Ying serta Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin.