Imigresen siasat sindiket PLKS palsu susulan Op Mahir

Foto RTM

IPOH, 5 September – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyiasat kemungkinan kewujudan sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu susulan pengesanan beberapa kes penggunaan dokumen berkenaan dalam Op Mahir di sekitar Ipoh.

RINGKASAN BERITA AI
  • JIM akan siasat lanjut untuk mengenal pasti modus operandi dan pihak terlibat dalam pengeluaran PLKS palsu.
  • Beberapa majikan dipercayai menggunakan khidmat ejen untuk mendapatkan PLKS palsu.
  • Siasatan turut meneliti cara dokumen diperoleh serta kemungkinan penglibatan pihak lain.
  • Majikan yang menggajikan pekerja asing secara tidak sah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi serta pihak yang terbabit dalam pengeluaran PLKS palsu itu.

“Dan juga kita kenal pasti ada beberapa kes yang menggunakan PLKS palsu. Kemungkinan ada majikan-majikan yang menggunakan khidmat ejen-ejen yang mengeluarkan PLKS palsu.

“Jadi, kita akan buat siasatan lanjut daripada modus operandi, di mana mereka dapat dan sebagainya untuk kita cari sindiket-sindiket yang terlibat dalam pengeluaran PLKS palsu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Operasi Mahir di Bercham, di sini.

Menurutnya, siasatan turut meneliti bagaimana dokumen berkenaan diperoleh serta kemungkinan wujud penglibatan pihak lain dalam kegiatan tersebut.

Dalam pada itu, Zakaria berkata majikan yang didapati menggajikan pekerja asing secara tidak sah juga tidak akan terlepas daripada tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.