Lelaki disyaki cetus kekecohan di Dataran Putrajaya direman

Perintah reman selama sehari dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah

PUTRAJAYA, 2 September – Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama sehari terhadap seorang lelaki yang disyaki mencetuskan kekecohan dan melakukan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek lingkungan 30-an dibawa keluar dari perkarangan mahkamah diiringi anggota polis kira-kira pukul 11 pagi.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
  • Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed meminta individu tampil ke IPD Putrajaya bantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Suspek yang berusia lingkungan 30-an itu dibawa keluar dari perkarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis kira-kira pukul 11 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed meminta individu berkenaan tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.