
KUALA LUMPUR, 2 September – Bandar raya Kuching merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak, iaitu 316 berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) setakat pukul 10 pagi Rabu.
- IPD Serian merekodkan bacaan IPU tahap bahaya, 309, setakat 10 pagi.
- Beberapa kawasan Sarawak catat bacaan sangat tidak sihat hingga tidak sihat, termasuk Samarahan (292) dan Sibu (284).
- Kawasan di Sabah dan Labuan juga terjejas; Politeknik Kota Kinabalu 185, Kota Kinabalu 179, Sandakan 151, Labuan 181.
- Skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.
Turut merekodkan bacaan IPU pada tahap berbahaya ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, iaitu 309.
Sementara itu, Samarahan mencatat bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 292, diikuti Sibu (284), Sarikei (275), Bintulu (223), Mukah (232) dan Sri Aman (211).
Lima lagi daerah mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Samalaju (190), Kapit (188), ILP Miri (183), Miri (178) dan Limbang (174).
Selain Sarawak, beberapa kawasan di negeri lain turut mencatat bacaan IPU tidak sihat.
Antaranya di Sabah iaitu di Politenik Kota Kinabalu (185), Kota Kinabalu (179), Kimanis (176), Keningau (175), Sandakan (151) dan Tawau (113), manakala Labuan (181).
Di Selangor pula melibatkan Johan Setia (162), manakala Putrajaya merekodkan bacaan IPU 152.
Selain itu, dua kawasan di Negeri Sembilan turut mencatat bacaan IPU tidak sihat, iaitu Nilai dan Seremban, masing-masing 146 dan 117.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.