MAHA 2026: Angkat sektor pemakanan ke persada global

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 September – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bukan sekadar pameran pertanian tetapi turut memberi pendedahan terhadap nilai sesuatu barangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus MAHA membantu petani luaskan jaringan penjualan dan jana pendapatan lebih tinggi melalui pendedahan dan program.
  • Tekankan tema "Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan" untuk tambah nilai produk dan keuntungan petani.
  • Keterjaminan makanan ditekankan; program keselamatan makanan perlu diamalkan dan dimulakan.
  • MAHA 2026 menerima hampir dua juta pengunjung, menjana jualan RM11.5 juta dan menawarkan pelbagai program informatif.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pameran tersebut turut memberi fokus kepada petani dalam memperluas jaringan penjualan melalui pendedahan dan program yang ditawarkan sekali gus menjana pendapatan lebih menguntungkan.

“MAHA merupakan inisiatif dalam mencurah semangat para petani untuk terlibat dalam pertanian serta melihat nilai sesuatu makanan tersebut yang boleh menjana lebih keuntungan kepada mereka.

“Kita ingin memberi pendedahan juga kepada rakyat terhadap keselamatan makanan melalui program keterjaminan makanan haruslah di amalkan dan dimulakan kelak,” katanya menerusi sesi temubual program Selamat Pagi Malaysia.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamad Sabu, menekankan tema Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan, iaitu bagi memastikan petani mampu mengaut keuntungan yang lebih melalui penghasilan barang yang lebih bernilai daripada nilai asalnya.

Dalam temu bual yang sama, beliau turut menyentuh mengenai prestasi eksport barangan Malaysia yang masih berada pada tahap rendah berbanding negara jiran.

Bagaimanapun berpandangan, prestasi tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus menunjukkan trend pertumbuhan eksport yang positif.

MAHA 2026 yang berlangsung sejak 28 Ogos lalu telah menerima hampir 2 juta pengunjung serta menjana nilai jualan mencecah RM11.5 juta.

Acara itu turut menawarkan pelbagai pengisian menarik seperti, Ryhthm of the farmers, persembahan berunsur informatif seperti cara penanaman dan penuaian di Laman Padi dan Laman Nenas, Kiddies Fun World serta Agro Nova.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.