Jerebu: Enam kawasan di Sarawak kekal kategori berbahaya setakat 4 petang

Situasi jerebu di Sarawak

KUCHING, 1 Sept. – Enam kawasan di Sarawak kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat pukul 4.00 petang, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serian, Kuching, Sarikei, Sibu, Samarahan dan Sri Aman merekodkan IPU pada tahap berbahaya.
  • Bintulu, Mukah dan Samalaju berada pada kategori sangat tidak sihat dengan bacaan IPU tinggi.
  • ILP Miri, Miri, Kapit dan Limbang dicatatkan berada pada kategori tidak sihat.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menerusi portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian merekodkan bacaan tertinggi dengan IPU 381, diikuti Kuching (357), Sarikei (345), Sibu (327), Samarahan (326) dan Sri Aman (312).

Sementara itu, tiga kawasan mencatatkan kualiti udara pada kategori sangat tidak sihat iaitu Bintulu dengan bacaan IPU 250, Mukah (243) dan Samalaju (235).

Empat kawasan lain pula berada pada kategori tidak sihat, membabitkan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dengan bacaan 190, Miri (185), Kapit (185) dan Limbang (173).

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.