Lebih 10,000 pelitup N95 disediakan untuk peserta sambutan Hari Kebangsaan 2026

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil pada sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya – Foto Bernama

PUTRAJAYA, 29 Ogos – Lebih 10,000 pelitup muka N95 disediakan untuk peserta sambutan Hari Kebangsaan 2026 susulan jerebu yang melanda negara, ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiap peserta dibekalkan dua pelitup N95 sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang acara.
  • Langkah diambil mengikut nasihat Kementerian Kesihatan, khususnya untuk golongan berisiko seperti pesakit asma.
  • Peserta berpenyakit pernafasan dan ibu bapa anak kecil disarankan memakai pelitup N95 ketika hadir.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, setiap peserta dibekalkan dua pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya diperlukan sepanjang acara berlangsung.

Menurut beliau, langkah itu selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya kepada golongan berisiko termasuk individu yang mempunyai masalah asma dan pernafasan.

“Sejak masalah jerebu bermula, pihak KKM menasihatkan terutama golongan berisiko, termasuk mereka yang mempunyai asma dan masalah pernafasan, supaya memakai pelitup muka, khususnya jenis N95.

Itu merupakan antara nasihat dan cadangan daripada KKM. Justeru, kita telah menyediakan pelitup muka untuk lebih 10,000 peserta sambutan Hari Kebangsaan 2026,” katanya dalam sidang media sambutan Hari Kebangsaan 2026, di sini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Fahmi turut menyarankan individu yang mempunyai masalah kesihatan atau ibu bapa yang membawa anak-anak ke Dataran Putrajaya pada Isnin ini untuk memakai pelitup muka N95.

“Jadi kita sarankan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak kecil atau mereka yang mempunyai asma, boleh bawa pelitup muka terutama N95,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.