Banjir Nepal: Malaysia selaras penghantaran bantuan termasuk gerakkan SMART – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang, Seberang Jaya. / RTM

SEBERANG JAYA, 28 Ogos – Malaysia sedang menyelaras penghantaran bantuan termasuk kemungkinan menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), susulan bencana banjir yang melanda sempadan Nepal-Tibet.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menimbang menghantar bantuan kewangan dan pasukan mencari serta menyelamat yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara.
  • Keputusan akan dibuat samada menghantar Jabatan Bomba dan Penyelamat atau bantuan perubatan dan kewangan bagi operasi menyelamat.
  • Dokumen pelancongan Nepal menyenaraikan 51 rakyat Malaysia masih terputus hubungan susulan banjir besar sempadan Nepal-Tibet.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menghantar bantuan kewangan dan pasukan mencari dan menyelamat ke Nepal yang diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita sedang menyelaraskannya sekarang. Mungkin sebentar lagi saya akan menerima maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara yang sedang menyelaraskan sama ada kita perlu menghantar pasukan keselamatan untuk mencari dan menyelamat atau bantuan lain.

“Keputusan akan dibuat samada menghantar pasukan SMART atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu kerja-kerja menyelamat (SAR) di sana atau bantuan berbentuk kewangan dan perubatan.

“Kita sedang mendapatkan senarai terkini. Terdapat beberapa puluh rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan.

“Kita sedang selaraskan laporan daripada beberapa negara jiran seperti India, China dan Bangladesh telah dikirim dan kita akan teliti hari ini untuk memastikan mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang, di sini.

Terdahulu, dokumen bertajuk ‘Tourist list (out of contact) in Bhotekoshi Flood’ yang dikeluarkan Jabatan Pelancongan Nepal, menyenaraikan nama 51 rakyat Malaysia yang masih terputus hubungan susulan kejadian banjir besar di sempadan Nepal-Tibet itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.