
SEBERANG JAYA, 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
RINGKASAN BERITA AI
- Ketibaan beliau kira-kira 1.30 tengah hari disambut mesra oleh penduduk setempat.
- Beliau meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat.
- Agenda lawatan di Pulau Pinang akan bermula petang ini.
- Dijadual menghadiri Temu Anwar bersama pelajar di IPG Kampus Tuanku Bainun pukul 4 petang dan Maulid Akbar di Masjid Tengah pukul 9 malam.
Ketibaan Datuk Seri Anwar kira-kira pukul 1.30 tengah hari disambut mesra oleh penduduk setempat.
Agenda lawatan Perdana Menteri di Pulau Pinang akan bermula petang ini.
Beliau dijadual menghadiri sesi Temu Anwar bersama pelajar sempena Program Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, pada pukul 4.00 petang.
Beliau juga dijangka menghadiri Maulid Akbar sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Masjid Tengah, Jalan Berapit, pada pukul 9.00 malam ini.