454 projek sekolah daif sedang dilaksana – KPM

Foto BERNAMA

BIDOR, 26 Ogos – Sebanyak 454 projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara kini sedang dalam pelaksanaan, membabitkan 281 projek pada peringkat prabina manakala 173 lagi dalam pembinaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek diberi tempoh sekitar dua tahun selepas Surat Setuju Terima, bergantung kepada skop, spesifikasi dan lokasi sekolah.
  • Kerajaan memberi tumpuan kepada naik taraf dan penggantian bangunan sekolah daif demi keselamatan dan keselesaan murid serta warga sekolah.
  • Di bawah Kerajaan MADANI (2023–2026), jumlah kos projek diluluskan dilaporkan sebanyak RM9 bilion.
  • Kementerian Pendidikan menilai permohonan berdasarkan keperluan dan kemampuan kewangan; kategori sekolah daif berubah mengikut perkembangan projek.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, secara amnya setiap projek diberikan tempoh sekitar dua tahun untuk disiapkan selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor.

Bagaimanapun, katanya, tempoh pelaksanaan setiap projek bergantung pada skop, spesifikasi serta lokasi sekolah terbabit.

Menurut beliau, kerajaan turut memberi perhatian terhadap usaha menaik taraf dan menggantikan bangunan sekolah daif bagi memastikan kemudahan pendidikan yang lebih selamat dan selesa dapat disediakan kepada murid serta warga sekolah.

“Saya nak berikan fokus kepada empat tahun di bawah Kerajaan MADANI, iaitu sejak tahun 2023 sampai sekarang, 2026. Tadi saya sebut 11 tahun, 1,275 projek, RM13.8 bilion.

“Tapi untuk empat tahun selepas Kerajaan MADANI mengambil alih, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah kos projek yang diluluskan adalah sebanyak RM9 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Coldstream, di sini, yang dibina dengan kos RM2.9 juta dan siap pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Wong berkata, setiap permohonan bagi penggantian atau naik taraf bangunan sekolah akan dinilai Kementerian Pendidikan (KPM) berdasarkan keperluan serta kemampuan kewangan semasa.

Katanya, jumlah sekolah yang dikategorikan sebagai daif juga berubah dari semasa ke semasa susulan kelulusan projek baharu serta perkembangan projek yang sedang dilaksanakan.

Perkembangan berkenaan membolehkan KPM terus menilai keutamaan pembangunan infrastruktur pendidikan mengikut keperluan semasa di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.