Kerja pembaikan struktur siling KIA giat dijalankan

Foto Malaysia Airports

KUCHING, 26 Ogos – Kerja pembaikan sebahagian struktur siling luaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sedang giat dijalankan susulan kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan berkenaan semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas dikawal bagi membolehkan pemeriksaan dan pembaikan dilaksanakan dengan selamat.
  • Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa tanpa gangguan kepada penumpang dan pengguna.
  • Malaysia Airports menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang dan pengguna sepanjang kerja pembaikan.
  • Pasukan petugas menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan untuk menjamin keselamatan penumpang.

Malaysia Airports memaklumkan kawasan yang terjejas telah dikawal bagi membolehkan kerja pemeriksaan dan pembaikan dilaksanakan dengan selamat.

Sementara operasi lapangan terbang berkenaan berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan kepada penumpang dan pengguna.

“Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa.

“Kami menghargai kesabaran dan kerjasama penumpang serta pengguna lapangan terbang sepanjang kerja pembaikan dilaksanakan,” menurut pengendali lapangan terbang itu menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam, sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di KIA mengalami kerosakan susulan cuaca buruk yang melanda kawasan berkenaan pada sebelah petang.

Susulan kejadian itu, Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas segera dikawal, manakala pasukan petugas menjalankan pemeriksaan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna lapangan terbang terjamin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.