PRN Melaka: Datuk Seri Amirudin diberi mandat perincikan kerjasama PH, BN

RINGKASAN BERITA AI
  • Perincian kerjasama termasuk agihan kerusi untuk menghadapi PRN Melaka.
  • Pertemuan Anwar dengan Datuk Seri Amirudin dijangka membincangkan pengagihan kerusi.
  • Datuk Seri Amirudin juga dikenali sebagai Menteri Besar Selangor.
  • Anwar ditemui selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448/2026.

SERDANG, 25 Ogos – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama antara PH dengan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian tersebut termasuk berkaitan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Itu Datuk Seri Amirudin, kita dah beri amanah kepada Datuk Seri Amirudin,” katanya secara ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan pertemuannya dengan Datuk Seri Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor yang dijangka membincangkan soal pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

Datuk Seri Anwar ditemui selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.