Kapal nelayan tempatan ditahan, rampasan dianggar RM3 juta

Foto Maritim Malaysia

GEORGE TOWN, 20 Ogos – Sebuah kapal nelayan tempatan ditahan selepas disyaki menangkap ikan di luar zon operasi yang dibenarkan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM3 juta.
  • Kapal VNT Kelas C dikendalikan tekong dengan tiga kru warga Thailand, berumur antara 52 hingga 57 tahun.
  • Penahanan susulan risikan mendapati aktiviti penangkapan kurang 15 batu nautika dari pantai, di luar zon operasi yang dibenarkan.
  • Kapal, kru dan hasil dibawa ke Jeti Batu Maung dan diserah kepada pegawai penyiasat; kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Kapal jenis Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C itu dikendalikan seorang tekong bersama tiga kru warga Thailand, dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3 juta.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, penahanan dibuat susulan maklumat risikan mengenai aktiviti penangkapan ikan di kawasan kurang 15 batu nautika dari pantai.

Menurutnya, kawasan berkenaan berada di luar zon operasi yang dibenarkan mengikut syarat lesen.

Hasil pemeriksaan mendapati semua kru berusia antara 52 hingga 57 tahun.

Kapal, kru serta hasil rampasan dibawa ke Jeti Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana beroperasi di zon yang tidak dibenarkan mengikut syarat lesen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.