Tarikh baharu bicara saman fitnah Datuk Seri Ab Rauf dijangka ditetapkan esok

Foto RTM

AYER KEROH, 20 Ogos – Mahkamah Tinggi Ayer Keroh dijangka menetapkan tarikh baharu esok bagi meneruskan perbicaraan kes saman fitnah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Mohamad Ali Mohamad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Seri Ab Rauf selesai menjalani pemeriksaan utama sebagai saksi pertama; pemeriksaan balas oleh pihak defendan belum selesai.
  • Prosiding ditangguhkan kerana beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco esok.
  • Pihak plaintif dijangka memanggil tiga saksi, manakala pihak defendan difahamkan menyediakan empat saksi.
  • Kes melibatkan penerbitan di akaun TikTok defendan yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ab Rauf.

Datuk Seri Ab Rauf yang tampil sebagai saksi pertama selesai menjalani pemeriksaan utama hari ini, manakala pemeriksaan balas oleh pihak defendan masih belum selesai.

Peguam mewakilinya, Datuk Wan Zamir Wan Majid berkata, prosiding ditangguhkan kerana Datuk Seri Ab Rauf akan mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, esok.

Menurutnya, pihak plaintif dijangka memanggil tiga saksi, manakala pihak defendan difahamkan menyediakan empat saksi.

Terdahulu pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Melaka membenarkan Datuk Seri Ab Rauf memperoleh injunksi inter-parte berhubung saman fitnah itu.

Injunksi berkenaan membabitkan arahan supaya hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah berkaitan kes tersebut diturunkan.

Kes itu berkaitan penerbitan di akaun TikTok defendan yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ab Rauf.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.