
KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia sekali lagi dipilih menjadi lokasi penganjuran Latihan Pestapora sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai antara destinasi utama bagi acara muzik bertaraf antarabangsa di rantau ini.
- Edisi kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 15 Ogos; konsert berterusan selama 12 jam.
- Menghimpunkan artis popular Malaysia dan Indonesia termasuk Ruffedge, Lah Ahmad, FUGŌ, Insomniacks, Tulus, Rhoma Irama dan Soneta.
- Kepelbagaian genre dan artis menawarkan pengalaman muzik lebih luas kepada penonton dan industri serantau.
- Kolaborasi rentas negara dan generasi, contohnya Nadhif dengan Aisha Retno dan Aziz Harun; Rhoma Irama dengan MALIQ & D’Essentials; Masdo dengan Gerhana Ska Cinta.
Memasuki edisi kedua penganjurannya di Malaysia, festival muzik rentas negara itu berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, 15 Ogos lalu.
Konsert yang berlangsung tanpa henti selama 12 jam itu menghimpunkan artis popular dari Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas.
Barisan artis tempatan yang mewarnai pentas festival termasuklah, Ruffedge, Lah Ahmad, FUGŌ dan Insomniacks.
Penghibur dari Indonesia pula menampilkan nama besar seperti Tulus, Bernadya, Nadhif Basalamah, Tipe-X serta lagenda dangdut, Rhoma Irama dan Soneta.
Kepelbagaian artis dan genre itu bukan sahaja menawarkan pengalaman muzik yang lebih luas kepada penonton, malah memperlihatkan keupayaan Malaysia menjadi titik pertemuan industri muzik serantau.
Lebih menarik, edisi kali ini turut menampilkan beberapa kolaborasi khas rentas negara dan generasi, antaranya gandingan Nadhif Basalamah bersama Aisha Retno dan Aziz Harun, selain Rhoma Irama dan Soneta bersama MALIQ & D’Essentials serta Masdo bersama Gerhana Ska Cinta.
Penganjuran buat kali kedua oleh Hitman Group itu sekali gus mencerminkan potensi Malaysia sebagai lokasi strategik bagi acara muzik berskala besar.
Sekali gus mampu menarik penggiat industri serta peminat dari negara jiran.