
CINCINNATI, 19 Ogos — Coco Gauff dan Mirra Andreeva mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan WTA 1000 Cincinnati Open selepas masing-masing mencatat kemenangan dengan keputusan set yang sama, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Coco Gauff, pilihan keempat dan juara Cincinnati 2023, menewaskan Ann Li 6-1, 7-6(3).
- Mirra Andreeva, pilihan kelima dari Rusia, mengatasi Janice Tjen 6-1, 7-6(5).
- Kedua-dua perlawanan selesai dalam dua set, dengan tiebreak menentukan set kedua bagi kedua pemain.
Pilihan keempat, Gauff yang pernah menjuarai kejohanan di Ohio itu pada 2023, menewaskan pemain Amerika Syarikat, pilihan ke-28 Ann Li, 6-1, 7-6(3).
Sementara itu, pilihan kelima dari Rusia, Andreeva terlebih dahulu menempah tiket ke pusingan 16 terakhir selepas mengatasi pilihan ke-32 dari Indonesia, Janice Tjen, 6-1, 7-6(5). – REUTERS