Polis Kelantan gesa rakyat Malaysia patuhi undang-undang negara luar

Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 19 Ogos – Polis Kelantan menasihatkan rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara termasuk Thailand dengan membawa kenderaan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang negara berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Patuhi peraturan dan undang-undang tempatan apabila memasuki negara asing membawa kenderaan.
  • Pelajari dan fahami undang-undang negara destinasi terlebih dahulu untuk mengelak tindakan termasuk saman atau denda.
  • Insiden 17 penunggang ke Hat Yai dikenakan 15 saman kerana lampu berkelip, ekzos bising dan pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, turut meminta rakyat Malaysia belajar atau memahami undang-undang negara berkenaan terlebih dahulu bagi mengelak dikenakan tindakan termasuk denda.

“Kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang tempatan di negara berkenaan. Sebab itu, sebelum memasuki sesebuah negara, kita perlu mengetahui dan memahami terlebih dahulu undang-undang yang ditetapkan.

“Peraturan di sesebuah negara mungkin berbeza dengan negara kita, termasuk berkaitan pengubahsuaian motosikal.

“Pengubahsuaian yang dibenarkan di negara kita mungkin tidak semestinya dibenarkan di negara lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, sekumpulan 17 penunggang motosikal Malaysia ke Hat Yai, Thailand menerima 15 saman daripada pihak berkuasa Thailand yang berjumlah 15,000 baht (kira-kira RM1,850) atas pelbagai kesalahan trafik termasuk penggunaan lampu berkelip, sistem ekzos bising dan kesalahan trafik lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.