
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Sektor pengangkutan dan logistik, telekomunikasi dan media serta tenaga merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM158.4 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lepas.
- Institusi asing meneruskan jualan bersih dengan aliran keluar bersih RM623.6 juta.
- Institusi asing merekodkan jualan bersih setiap lima hari dagangan; aliran keluar tertinggi pada Jumaat RM181.3 juta.
- Institusi tempatan meneruskan trend belian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk RM355.5 juta.
- Pelabur runcit menamatkan trend jualan bersih dua minggu lalu dengan aliran masuk bersih RM268.1 juta.
MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) memaklumkan, sektor pengangkutan dan logistik mencatatkan kemasukan bersih sebanyak RM103.8 juta, telekomunikasi dan media RM34.9 juta, manakala tenaga mencatatkan RM19.7 juta.
Jelas bank pelaburan itu, institusi asing meneruskan jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan aliran keluar bersih sebanyak RM623.6 juta.
MBSB IB berkata, institusi asing merekodkan jualan bersih pada kesemua lima hari dagangan minggu lalu, dengan aliran keluar tertinggi pada Jumaat sebanyak RM181.3 juta.
”Sebaliknya, institusi tempatan meneruskan trend belian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk berjumlah RM355.5 juta.
”Pelabur runcit pula menamatkan trend jualan bersih selama dua minggu berturut-turut apabila merekodkan aliran masuk bersih RM268.1 juta,” menurut MBSB IB dalam nota penyelidikannya.
Sementara itu, purata jumlah dagangan harian mencatatkan penurunan secara menyeluruh dengan pelabur runcit susut 1.1 peratus, institusi tempatan 10.9 peratus dan institusi asing 3.7 peratus.