
KLANG, 14 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup 48.78 juta batang rokok putih membabitkan nilai keseluruhan lebih RM37.56 juta.
- Pembongkaran hasil pemeriksaan empat kontena yang tiba dari sebuah negara di Asia.
- Kontena berstatus transhipment mengandungi rokok putih yang tidak diisytiharkan dalam manifes atau dokumen muatan.
- Pengarah JKDM Selangor Noraidah Ishak memberi kenyataan pada sidang media kes di Klang.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 52(1) Akta Kastam 1967; hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.
Pengarah JKDM Selangor, Noraidah Ishak berkata, kegiatan itu dibongkar hasil pemeriksaan terhadap empat kontena yang tiba dari sebuah negara di Asia.
Siasatan mendapati kesemua kontena berstatus transhipment itu mengandungi rokok putih yang tidak diisytiharkan dalam manifes atau dokumen muatan.
“Rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM3.902 juta, manakala duti dan cukai terlibat dianggarkan RM33.658 juta.
“Ini menjadikan keseluruhan nilai sitaan, termasuk duti dan cukai, dianggarkan RM37.56 juta.”
Beliau berkata demikian pada sidang media kes penyeludupan pelbagai komoditi JKDM Selangor di Klang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 52(1) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam cubaan penyeludupan berkenaan.