Ibu Messi mohon kekuatan selepas pemergian suami

Ibu Lionel Messi, Celia Cuccittini bersama mendiang suaminya Jorge Messi

BUENOS AIRES, 11 Ogos — Ibu Lionel Messi, Celia Cuccittini, buat pertama kali berkongsi perasaannya selepas pemergian suaminya, Jorge Messi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Celia memohon kekuatan dan berdoa kepada Tuhan untuk menghadapi kehilangan suami.
  • Mesej itu disampaikan wartawan Marina Calabró dalam program televisyen América TV dengan keizinan Celia.
  • Jorge Messi, 68, meninggal dunia pada 8 Ogos di Rosario selepas lama berdepan masalah kesihatan; keluarga berkabung.

Celia menerusi mesej yang disampaikan wartawan Marina Calabró dalam program televisyen América TV berkata, beliau hanya berharap diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan itu.

“Saya hanya berdoa kepada Tuhan agar membantu saya menghadapi semua ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut laporan La Capital, mesej itu disampaikan kepada Calabró dengan keizinan Celia.

Jorge Messi, 68, meninggal dunia pada 8 Ogos laludi Rosario, Argentina selepas lama berdepan masalah kesihatan.

Pemergian bapa kepada kapten Argentina itu menyebabkan keluarga itu berkabung. – Agensi

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.