Istilah ‘Kafir Harbi’ tidak sesuai dalam konteks Malaysia

JAKIM bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain mempergiat usaha memberi maklumat dan penjelasan dalam meningkatkan kesedaran awam / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 Ogos – Istilah ‘Kafir Harbi’ tidak sesuai digunakan dalam konteks di negara ini memandangkan semua rakyat tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan serta berkongsi tanggungjawab sebagai warganegara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Meja bulat menyimpulkan istilah 'kafir harbi' tidak sesuai digunakan dalam konteks Malaysia.
  • JAKIM akan bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain memberi maklumat serta penjelasan kepada masyarakat.
  • Pendekatan bersama penting untuk memastikan usaha memperkukuh integrasi nasional dilaksanakan secara menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan perkara itu merupakan antara kesimpulan yang dicapai dalam perbincangan meja bulat.

“Susulan perbincangan, pembentangan serta pertukaran pandangan, secara umumnya kesimpulan bahawa istilah ‘kafir harbi’ tidak sesuai digunakan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan agensi serta kementerian lain bagi mempergiat usaha memberi maklumat, penjelasan serta meningkatkan kesedaran awam mengenai isu berkenaan.

“Pendekatan bersama itu penting bertujuan memastikan usaha memperkukuh integrasi nasional dilaksana secara menyeluruh,”katanya selepas menghadiri Sidang Meja Bulat Kafir Harbi Di Malaysia : Satu Perbincangan anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Persidangan dihadiri antaranya Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Pulau Pinang, Professor Madya Dr.Mohd Sukki Othman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.