
LOS ANGELES, 29 November – Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda luar pesisir pantai California Selatan pada Sabtu, mengakibatkan gegaran kuat dirasai di sekitar kawasan Los Angeles.
- Sebuah pesawat penumpang Delta Airlines membatalkan pendaratan di lapangan terbang Los Angeles.
- Menurut USGS, gegaran dirasai berhampiran Manhattan Beach.
- Pihak berkuasa meminta penduduk bersedia menghadapi gempa susulan dan sedang menilai kemungkinan kerosakan.
Situasi tersebut turut memaksa sebuah pesawat penumpang Delta Airlines membatalkan pendaratan di lapangan terbang bandar raya berkenaan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu dirasai berhampiran Manhattan Beach, sebuah bandar berdekatan Los Angeles.
Pihak berkuasa California memberi amaran kepada penduduk setempat supaya bersiap sedia menghadapi gempa susulan.
Pejabat Perkhidmatan Kecemasan Gabenor California menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pegawai tempatan bagi menilai sebarang kesan atau kerosakan akibat kejadian itu.
“Gempa bumi tidak dapat diramalkan, jadi penduduk diminta bersedia menghadapi sebarang gempa susulan,” tambah kenyataan berkenaan.- AFP