Ivan Toney didakwa kerana menyerang individu di kelab malam London

Foto AFP

LONDON, 7 Ogos – Penyerang England, Ivan Toney didakwa atas pertuduhan menyerang seorang individu susulan satu kejadian di sebuah kelab malam di London.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didakwa pada 31 Julai atas pertuduhan menyebabkan kecederaan fizikal sebenar.
  • Pertuduhan berkaitan kejadian pada 6 Disember lalu di sebuah kelab malam di kawasan Soho, London.
  • Akan hadir ke Mahkamah Majistret Westminster pada 24 September ini.
  • Jurucakap berkata Toney mengakui pertuduhan dan berharap diberi peluang membersihkan namanya di mahkamah.

Polis Metropolitan London dalam kenyataan memaklumkan, Toney, 30, didakwa pada 31 Julai lalu atas pertuduhan melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan fizikal sebenar.

Pertuduhan itu berkaitan kejadian serangan yang dilaporkan berlaku pada 6 Disember tahun lalu di sebuah kelab malam di kawasan Soho, London.

Toney yang kini beraksi bersama kelab Liga Profesional Arab Saudi, Al-Ahli, akan hadir di Mahkamah Majistret Westminster pada 24 September ini.

Akhbar The Sun melaporkan pada 8 Disember lalu bahawa Toney telah ditahan polis selepas didakwa melakukan tindakan menanduk seorang individu dalam kejadian berkenaan.

Jurucakap Toney berkata pemain itu mengakui pertuduhan berkenaan.

Meskipun terkejut dengan dakwaan tersebut, Toney berharap dia dapat diberi peluang untuk membersihkan namanya di mahkamah.

“Ivan mengakui pertuduhan tersebut dan walaupun dia sememangnya terkejut, Toney menantikan peluang untuk membersihkan namanya di mahkamah,” katanya. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.