Lelaki maut selepas kereta terbabas, langgar pokok

Foto JBPM Selangor

SERDANG, 7 Ogos – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Persiaran MARDI-UPM, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.11 malam.
  • Pasukan BBP Seri Kembangan dan BBP Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan dan menemui mangsa tersepit; mangsa berjaya dikeluarkan pada 10.55 malam.
  • Pegawai KKM mengesahkan mangsa meninggal di lokasi; mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada pukul 10.11 malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dibantu BBP Bandar Tun Hussein Onn kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan menemukan mangsa, berusia lingkungan 30-an, tersepit di dalam kereta sebelum berjaya dikeluarkan pada 10.55 malam.

“Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.