
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Seramai 270, 405 belia dilatih menerusi program Latihan Kompetensi Kemahiran, (LKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dari tempoh 2012 hingga 2025.
- Lebih RM604 juta dibelanjakan bagi melaksanakan program LKK termasuk aspek keselamatan dan kebajikan pelatih.
- Lebih 100 tred latihan kemahiran pembinaan ditawarkan di enam Akademi Binaan Malaysia dan CIDB Technologies seluruh negara.
- Tahap kebolehpasaran graduan TVET melebihi 94 peratus; pendapatan permulaan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.
Pengurus Besar Kanan Sektor Pendaftaran dan Akreditasi CIDB Malaysia, Heryanti Hilmi berkata, dalam tempoh itu, lebih RM604 juta dibelanjakan bagi melaksanakan program latihan tersebut.
Menurutnya, lebih 100 tred latihan kemahiran pembinaan yang memenuhi keperluan semasa disediakan di enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies di seluruh negara.
“Program latihan ini melibatkan kos yg tinggi. Kos kewangan yang dikeluarkan bukan sahaja melibatkan latihan, tetapi kita juga mengambil kira keselamatan, atau kebajikan kepada pelatih.
“Kami mengambil berat keselamatan, kebajikan dan perlindungan sosial warga binaan termasuk pelatih pelatih di mana setiap kebajikan mereka diambil kira (menggunakan) peruntukan dan perbelanjaan kita,” katanya.
Heryanti bekata, tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah melebihi 94 peratus.
Malah, banyak bidang kemahiran kini menawarkan pendapatan permulaan sekitar RM3,000 hingga RM5,000, sebulan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Aspirasi Kerjaya Pembinaan 2026 di Taman Tamadun Islam, di sini.
Turut diadakan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara CIDB dengan Perkeso disaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan), Datuk Jusman Ibrahim.
Penganjuran program LKK kali kedua ini melibatkan penyertaan 500 peserta.
Para peserta turut berpeluang mendapatkan akses perkhidmatan kerjaya dan penempatan pekerjaan melalui MYFutureJobs.
Turut diadakan sesi temu duga melibatkan 180 pelatih ABM Dan CIDB Technologies bersama majikan.